Ads 468x60px

Kalendar

9 Apr 2012

Majlis Perasmian Pameran Warisan & Pusaka Melayu: Keris & Silat dan Seminar " Keris : 1 Pengenalan"

Normal 0 false false false EN-MY KO X-NONE

20120410kerisgayongweb
Kepada semua warga UiTM dan peminat keris, tuan/puan adalah dijemput hadir bersama-sama memeriahkan Majlis Perasmian Pameran Warisan & Pusaka Melayu: Keris & Silat dan Seminar " Keris : 1 Pengenalan" sepeti ketetapan berikut:-

Tarikh : 10 April 2012 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Ruang Legar PTAR 1

Antara objektif pameran ini adalah untuk mendekati golongan muda melalui pameran dan sesi perkongsian maklumat bagi melestarikan warisan dan pusaka Melayu, serta menambah nilai, mencintai sejarah dan warisan serta mempertingkatkan masyarakat yang berdaya kreatif dan berbudaya.

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan. Antaranya ialah:-

a) Pameran Keris (Galeri PTAR) – Sebanyak 84 jenis keris daripada 8 Pemilik Keris Persatuan Senipurba Nusantara Selangor (PURBA)
b) Pameran Senjata daripada Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM)
c) Pameran Lukisan oleh S. Amin Shahab (Pengarah, Pelakon dan Aktivis Seni)
d) Seminar “ Keris: 1 Pengenalan”
e) Peragaan Busana Melayu
f) Persembahan Demo Silat Seni Gayong
g) Persembahan Amanat Warisan daripada En. Azam Mokhtar
h) Gerai Jualan Keris
i) Kuiz
j) Pertandingan i-Read (mengarang esei) “ Belia Pewaris Pusaka dan Warisan Melayu”


Tuan/puan adalah dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi majlis. Pameran Keris yang berlansung di Galeri PTAR hanya 1 hari sahaja (10 April 2012), dan akan diikuti oleh Pameran Lukisan S. Amin Shahab pada 11 April sehiingga 20 April 2012.

Untuk maklumat , kehadiran staf UiTM pada majlis perasmian dan Seminar "Keris : 1 Pengenalan" ini akan diambil dan akan dimasukkan ke dalam jam latihan tuan/puan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari
http://library.uitm.edu.my/
http://twitter.com/#!/puitm
http://perpustakaanuitm.blogspot.com/
http://www.facebook.com/pages/Perpustakaanuitm/409911212624

20120409_195719
20120409_195750
20120410kerisgayongposter


0 comments:

Catat Ulasan