Ads 468x60px

Kalendar

14 Mei 2012

ISTIADAT KONVOKESYEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KE-76

Konvo76
ISTIADAT KONVOKESYEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KE-76
12-20 MEI 2012, DEWAN AGONG TUANKU CANSELOR, UiTM SHAH ALAM
 

Istiadat konvokesyen UiTM kali ke-76 akan  menyaksikan seramai 16,326 graduan menerima penganugerahan yang bermula dari 12 hingga 20 Mei ini.


Sebanyak 23 sidang dilangsungkan membabit Kampus Induk UiTM Shah Alam (13 sidang), Seri Iskandar, Perak (dua), Arau, Perlis (tiga), Samarahan, Sarawak (dua) dan kampus Dungun, Terengganu tiga sidang.


“Dalam sidang pertama, 40 graduan doktor falsafah (PhD) dan 990 graduan sarjana akan dianugerahkan Baginda Tuanku Sultan Abdul Halim di Shah Alam,” katanya.


Prof Sahol Hamid berkata, daripada 16,326 graduan itu, 6,576 graduan dianugerahkan diploma manakala 8,605 graduan pula dianugerahkan sarjana muda (kepujian).


Beliau berkata, jumlah graduan diraikan di kampus cawangan bertambah dengan penyampaian ijazah dan diploma dilakukan oleh Pro Canselor dan Naib Canselor UiTM.

“Di UiTM Perak, istiadat diadakan 14 Mei ini dengan 996 graduan manakala di UiTM Sarawak (16 Mei) melibatkan 615 graduan.

“Di Kampus UiTM Perlis ia diadakan pada 15 dan 16 Mei ini dengan 837 graduan. Di UiTM Terengganu pula, istiadat bermula pada 19 dan 20 Mei ini dengan 860 graduan,” katanya. 

Konvoweb76

http://perpustakaanuitm.blogspot.com/2012/05/yang-di-pertuan-agong-tuanku-abdul.html

http://konvokesyen.uitm.edu.my/


 

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim dimasyhur Canselor UiTM

Tuankuabdulhalimdimasyhurcanseloruitm

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah Sultan Badlishah semalam dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada Istiadat Konvokesyen ke-76 universiti itu di Dewan Agong Tuanku Canselor di sini.

Istiadat pemasyhuran Tuanku Abdul Halim disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Seri Paduka Baginda seterusnya berkenan menyampaikan Doktor Falsafah dan Ijazah Sarjana kepada 1,030 graduan.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin dan Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.

 

 

8 Mei 2012

Bengkel IGS Enhancement Series (IPSis)

Bengkel IGS Enhancement Series (IPSis)
Tarikh : 8 – 9 May 2012
Waktu :
8.30pagi - 5.00petang
Tempat : Bilik 1, Pusat IT, PTAR 1 (map)
http://pusatitptar1.blogspot.com/
Perserta 35orang
20120508-igs-enhancementseries