Ads 468x60px

Pages

Kalendar

Memaparkan catatan dengan label PTAR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PTAR. Papar semua catatan

21 Okt 2012

PERUBAHAN WAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA

20121022perubahanwaktuperkhidmatancuti
Adalah dimaklumkan, merujuk kepada Pekeliling Akademik Cuti gantian sempena Hari Raya Aidil Adha maka dimaklumkan Perubahan Waktu Perkhidmatan Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam adalah seperti berikut

* 24 Okt 2012 ( Rabu) : PTAR dibuka sehingga jam 11.45 malam.
* 25 Okt 2012 (Khamis) : PTAR dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 4.45 petang.

* 26 Okt 2012 (Jumaat) : PTAR ditutup sempena Cuti Am (Hari Raya Aidil Adha)
* 27 & 28/10/2012 3 & 4/11/2012 (Sabtu & Ahad): TUTUP

* 29/10 ‐ 02/11/2012 (Isnin – Jumaat): PTAR dibuka mengikut waktu pejabat sahaja (8:30 pagi hingga 4:45 petang).

*Perubahan Waktu Perkhidmatan Tertakluk Kepada Pindaan

Perubahan perkhidmatan ini merujuk kepada Cuti Pertengahan Semester telah ditetapkan pada 26 Oktober 2012 hingga 4 November 2012 (Rujuk kalender Akademik di bawah).

201210pekeliling-akademik-cuti-raya-haji

25 Apr 2012

BENGKEL KOMPETENSI PENYELIDIKAN PENTADBIR PUiTM 2012

20120426bengkelkompetensi
Jabatan Perkhidmatan Akademik, Perpustakaan Tun Abdul Razak , UiTM Malaysia akan menganjurkan Bengkel Kompetensi Penyelidikan Pentadbir PUiTM 2012 pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 26 hingga 27 April 2012
Hari : Khamis - Jumaat
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Auditorium dan Pusat IT, Perpustakaan Tun Abdul Razak 2
Peserta: 40 orang pustakawan dan 10 orang pentadbir UiTM

Demi menyahut seruan agar kakitangan pentadbiran melibatkan diri dengan kerja-kerja penyelidikan maka bengkel ini juga akan menjemput wakil pentadbir dari beberapa bahagian di UiTM Shah Alam sebagai peserta.

OBJEKTIF
Meningkatkan kompetensi penyelidikan di kalangan pentadbir.
Membantu Pustakawan untuk memahami dan menguasai bidang penyelidikan untuk membantu para penyelidik dan pengguna perpustakaan.
Meningkatkan kefahaman agar dapat menjalankan penyelidikan untuk keperluan jabatan.
     

MATLAMAT UTAMA
Menerapkan elemen budaya penyelidikan di kalangan staf pentadbir UiTM terutama pustakawan.


Sebarang pertanyaan, sila majukan melalui e-mail atau telefon Cik Siti Rohayu Bt Mohd Yusof di talian 03-55211701 atau Encik Shahrol Nizam Bin Johol di talian 03-55211707

8 Jan 2012

MAKLUMAN PELANTIKAN BARU – KETUA PUSTAKAWAN UiTM

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa En. Noor Hidayat Bin Adnan

Enhidayat

telah dilantik sebagai Ketua Pustakawan UiTM berkuatkuasa 10 Disember 2011.

Sehubungan dengan itu, semua urusan surat-menyurat yang berkaitan bolehlah dihantar kepada beliau sepertimana alamat berikut:-

En. Noor Hidayat Bin Adnan

Ketua Pustakawan

Universiti Teknologi MARA

40450 SHAH ALAM

SELANGOR

No. Tel : 03-5544 2006

No. Fax : 03-5544 3730

http://library.uitm.edu.my/v1/contact-us/staff-directory.html  

Enhidayat_qrcode
Snap & Read with QRCODE Reader 

 

Sekian, untuk makluman.

Terima kasih.Publish

http://library.uitm.edu.my

10 Okt 2011

PTAR@Hari IT / InfoTech UiTM 2011

Hariit-infotech2010
Temui kami di Booth No. 15 (PTAR) di Hari IT / InfoTech UiTM 2011 untuk pertanyaan mengenai perkhidmatan yang ditawarkan

Tarikh : 10 dan 11 Oktober 2011
Masa : 9:00 pagi hingga 5:30 petang
Tempat : Anjung Sri Budiman, UiTM Shah Alam

http://www.uitm.edu.my/ind ex.php/en/upcoming-events/ 507-hari-infotech-2011

Hari IT UiTM 2011 ini dirasmikan oleh Penolong Naib Canselor (PNC) Pembangunan, Fasiliti dan InfoTech. Program ini  berlangsung selama 2 hari yang melibatkan pemain-pemain industri ICT seperti Hewlett – Packard (HP), Intelligence Business Machine (IBM), Oracle, CISCO dan banyak lagi.

Disamping itu juga, orang ramai, kakitangan dan pelajar UiTM berpeluang untuk memberi maklumbalas, bertanya soalan dan bertemu sendiri dengan para pentadbir sistem-sistem utama universiti seperti Sistem Maklumat Pelajar (SIMS), Sistem Maklumat Kewangan (FAIS), Sistem Pengurusan Maklumat Staf (STARS), Sistem Pengurusan Facilities (FMS) di booth 17 Pejabat Teknologi Maklumat (Infotech) .

Kepada para pensyarah, staf pentadbiran dan pelajar yang mempunyai minat atau terlibat secara langsung di dalam dunia ICT, bolehlah menghadiri Technology Talk dan Technology Update yang akan disampaikan oleh penceramah dari pemain utama ICT. Pelbagai tajuk taklimat yang menarik akan disampaikan berhubung isu semasa ICT.

Para pengunjung turut berpeluang untuk melihat sendiri keadaan dan suasana Pusat Data Universiti pada 2 hari tersebut. Pihak InfoTech menyediakan bas ulang-alik (shuttle bus) ke Pusat Data Universiti.

Pada hari ke 2, satu wawancara akan diadakan bersama Naib Canselor UiTM, Dato’ Prof. Dr. Ir Sahol Hamid Abu Bakar FASc.

Cabutan bertuah juga  di adakan pada hari tersebut. Seperti kawan kita staf PTAR yang bertuah ini telah mendapat Samsung GalaxyTab 10 in. Tahniah

Samsunggalaxytab10

Masuk adalah percuma. Untuk keterangan lanjut, layari http://infotech.uitm.edu.my/
atau emelkan ke hit2011@salam.uitm.edu.my. Anda juga boleh menghubungi hot line InfoTech 03 -5544 2203.

http://infotech.uitm.edu.my/v1/images/stories/hit2011.pdf

http://www.uitm.edu.my/index.php/en/upcoming-events/507-hari-infotech-2011

Selain dari itu anda juga boleh ke Campus Youth PC Carnival  banyak barang dijual. laptop,kamera,handpone, ipad pun ade! sume dgn harga berpatutan pulak  tu

Tarikh : 10 dan 12 Oktober 2011
Masa : 9:00 pagi hingga 5:30 petang
Tempat : Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam 

Get  your IT Gadgets at PC Carnival

Hit2011pccarnival

http://www.facebook.com/UnicomCampusYouthClub
http://unicommarketing.com.my/

 

 

27 Sep 2011

Hari Mesra PTAR 3 & PTAR 4

25 Sep 2011

Jamuan Raya PTAR 1432H/2011M

20110926jamuanraya-ptarweb

Undangan ini dimulai dengan memanjatkan doa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana telah memanjangkan usia kita ke sambutan Syawal 1432H. Amin...

 

Lembayung senja menggamit malam

Menangis jentayu menanti hujan

Undangan kami menyusul salam

Ke jamuan raya seperti yang dinyatakan:

 

Tarikh : 26 September 2011 (Isnin)

Masa : 9.00 pagi

Lokasi : Ruang Legar Aras 1, PTAR 1

 

Air pasang di Kuala Kedah

Dagang mudik kolek mencelah

Apa pun juadah yang dipersembah

Sama merasa, sama mencicah

 

Dagang mudik kolek mencelah

penuh muatan pelbagai rempah

Sama merasa, sama mencicah

Bersederhana, menambah barokah

 

 

26 Ogo 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432 dan Selamat Hari Kemerdekaan ke 54

Ptar-rayamerdeka

Sempena Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan yang akan disambut tidak lama lagi, kami  keluarga Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM ingin mengucapkan Salam Aidilfitri dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-54 kepada semua muslimin-muslimat dan pelanggan Perpustakaan amnya serta khusus buat warga UiTM dimana jua berada.

Maaf dipohon jika ada tersilap kata atau tersinggung mana-mana pihak dengan tidak sengaja sepanjang berurusan dengan kami. Juga, jika ada yang secara sengaja atau sedar, diharap dapat maafkan kami.

Disamping itu, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-54. Sama-samalah kita menghayati dan menghargai keindahan kemerdekaan yang telah kita kecapi. 

Bersama ini disertakan ucapan Selamat Hari Raya , Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin dari warga Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM, Shah Alam

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

10 Ogo 2011

Announcement: NEW EZaccess ID and Password

Ezaccesspostersmall

http://ezaccess.library.uitm.edu.my/login


Access to most online resources outside the University network is available through one of the following methods: EZaccess. Students and staff need to enter EZaccess ID and password.

*** Note: In an effort to increase network security, password and ID for EZAccess has been changed effective August 09, 2011. 


User id (EZAccess ID) : student no.
Password: i/c no without hyphen (-)


For Staff please contact your respective librarian at your nearest faculty/campus library for new password 

 

[img]

[img]

18 Jul 2011

Latihan Pangkalan Data GMID (Global Market Information Database)

_0euromonitor

Latihan Pangkalan Data GMID
Publisher : Euromonitor
Availability : Available at UiTM Shah Alam library
Trainer : jessica Yong - Account Manager, Euromonitor International,

Passport GMID is a global market information database and analysis tool containing comprehensive data and reports across all industries, countries and consumers.

Passport GMID is ideally suited to organisations with a wide range of market data needs such as:

  • Government departments and export agencies
  • Business schools and university libraries
  • Information centres in banks, consultancies and advertising agencies

Subscribers use the system to support a wide range of business functions and research projects:

  • Industry analysis
  • Export and market entry strategies
  • Trend monitoring
  • Company analysis
  • Country profiling
  • Consumer and household profiling
  • Lifestyle analysis
  • Modelling and forecasting
  • General business reference

A Passport GMID subscription includes:

  • 8 million internationally comparable market statistics on industries, countries and consumers
  • 18,000 full text market reports, company reports and country reports
  • Expert analyst comment on emerging industry trends, country trends and consumer trends
  • Details of thousands of information sources to aid further research
  • Powerful data analysis functions allowing users to customise data for specific needs

http://www.euromonitor.com/passport-gmid
http://www.portal.euromoni​tor.com/Portal/Pages/Magaz​ine/WelcomePage.aspx

Photo Training

 

 

13 Jul 2011

Kursus Asas Adobe Flash CS3

20110712-kursusflashcs3
 
Tajuk     :     Kursus Asas Adobe Flash CS3
Tarikh    :     12 - 13 Julai 2011 (Selasa dan Rabu)
Tempat  :     Pusat IT, PTAR 1
 Objectif : 
1.    Untuk memberi kefahaman asas dan kemahiran mengenai penggunaan Adobe Flash CS 3
2.    Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan Adobe Flash CS 3 dengan versi yang terkini.
3.    Memberi peluang kepada staf untuk menjadi lebih kreatif dalam mengendalikan Adobe Flash CS 3
4.    Mengenalpasti masalah yang dihadapi dalam penggunaan Adobe Flash CS 3.

13 Apr 2011

Penyelengaraan PC Sewaan Melibatkan PC Pusat IT PTAR


PC sewaan yang bermula pada tahu 2008 telah tamat tempoh sewaan. Oleh tindakan diambil untuk menggantikan PC-PC tersebut. Sehubungan dengan itu satu takllimat kepada semua Juruteknik dan Juruteknik Komputer JPSTM diadakan pada: 


Tarikh   :   13 April 2011 (Rabu)
Masa    :   10.00 pagi
Tempat :   Pusat IT, PTAR 1



Taklimat telah diberikan oleh Timbalan Ketua Pustakwan Kanan, En Noor Hidayat dan perbincangan dijalankan  bagi menggantikan PC sewaan yang melibatkan PC Pusat IT PTAR1, PTAR2, PTAR3 dan bebrapa PC Staf  PTAR , 

Oleh itu Makmal 1, Pusat IT ditutup sehingga 15 April 2011  bagi tujuan penyelengaraan, namun para pengguna masih boleh menggunkan PC di Makmal 2, Pusat IT

Para Juruteknik , Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Pembantu Perpustakaan dan Pustakawan JPSTM telah bergotong royong membuat penyelengaraan tersebut.



Berikut adalah jadual pengambilan pc (197 unit) yang telah ditetapkan mengikut lokasi dan tarikh :

15 April 2011 (Jumaat)
•PTAR 4 - 9 unit
•Perpustakaan FSPU - 10 unit
•Perpustakaan UiTM Hospital Selayang - 1 unit
•Perpustakaan UiTM Sg. Buloh - 2 unit

18 April 2011 (Isnin)
•PTAR 2 - 67 unit

19 April 2011 (Selasa)
•PTAR 3 - 50 unit

20 April 2011 (Rabu)
•PTAR 1 - 58 unit