Ads 468x60px

Pages

Kalendar

25 Apr 2012

BENGKEL KOMPETENSI PENYELIDIKAN PENTADBIR PUiTM 2012

20120426bengkelkompetensi
Jabatan Perkhidmatan Akademik, Perpustakaan Tun Abdul Razak , UiTM Malaysia akan menganjurkan Bengkel Kompetensi Penyelidikan Pentadbir PUiTM 2012 pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 26 hingga 27 April 2012
Hari : Khamis - Jumaat
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Auditorium dan Pusat IT, Perpustakaan Tun Abdul Razak 2
Peserta: 40 orang pustakawan dan 10 orang pentadbir UiTM

Demi menyahut seruan agar kakitangan pentadbiran melibatkan diri dengan kerja-kerja penyelidikan maka bengkel ini juga akan menjemput wakil pentadbir dari beberapa bahagian di UiTM Shah Alam sebagai peserta.

OBJEKTIF
Meningkatkan kompetensi penyelidikan di kalangan pentadbir.
Membantu Pustakawan untuk memahami dan menguasai bidang penyelidikan untuk membantu para penyelidik dan pengguna perpustakaan.
Meningkatkan kefahaman agar dapat menjalankan penyelidikan untuk keperluan jabatan.
     

MATLAMAT UTAMA
Menerapkan elemen budaya penyelidikan di kalangan staf pentadbir UiTM terutama pustakawan.


Sebarang pertanyaan, sila majukan melalui e-mail atau telefon Cik Siti Rohayu Bt Mohd Yusof di talian 03-55211701 atau Encik Shahrol Nizam Bin Johol di talian 03-55211707

22 Apr 2012

Program Pembangunan Modal Insan (PMI) PTAR 2012 :Tazkirah Bulan April 2012 - Ilmu & Amal

Tazkirah
Program Pembangunan Modal Insan (PMI) PTAR 2012
Tazkirah April  2012
Tarikh : 23 april 2012
Masa : 8.30 - 9.30 pagi
Tempat: Bilik Seminar , PTAR 1
Tajuk : Iman & Ihsan
Penceramah : Ustaz Abdullah Salam
Slide tazkirah --->

View more PowerPoint from Tazkirah PTAR

19 Apr 2012

Makluman: Waktu Perkhidmatan Cuti Semester 8.30 pagi - 4.45 petang

2012waktuperkhidmatan

Merujuk kepada  Kalendar Akademik Sarjana Muda , Sarjana dan PhD, Cuti Pertengahan Semester  bermula 21 hingga 29 April 2012 .

Dimaklumkan bahawa Waktu Perkhidmatan  Perpustakaan Tun Abdul Razak semasa Cuti Pertengahan Semester ( 21 - 29 April 2012) adalah seperti berikut :

Isnin - Jumaat     : 8.30 pagi - 4.45 petang

Sabtu & Ahad     : Tutup

Harap Maklum

2012kalendarakademik
http://istudent.uitm.edu.my/nsp/news/articles.asp?id=4780d33d302d42cfb171d7dd0bbaa0a4

http://istudent.uitm.edu.my/nsp/home/main.asp

18 Apr 2012

ScienceDirect PDF Problems

Sciencedirect
Accessing online database Science Direct issue this week:

Dear respected user, Elsevier have informed us that there may be problems opening PDF files from ScienceDirect using the latest browsers with the Adobe X plugin. They currently only support Internet Explorer up to version 7. This may cause problems using ScienceDirect on University PCs running Windows 7.

Their technical team is aware of this, and have promised to address this issue in the coming weeks. Unfortunately they have not been able to give us a definite timescale for this work.

In the meantime they suggest the following workaround:

Please try the following steps to resolve the issue save/download pdf file when accessing online database Science Direct within campus network (inside campuses)... :

1. Close all PDF's File
2. Click on Computer > START - ALL PROGRAMS - Adobe Reader
3. Go to Edit - Preferences - Categories > Internet > - Web Browser Options > de-select all check-boxes. Internet Options > Connection Speed > choose LAN
4. Click on OK
5. Open web browser and access science direct & download pdf as usual.

If user still faced problem to download any pdf file in Science Direct email directly to technical support sginfo@sciencedirect.com

Sciencedirectpdfproblems
Users of Adobe Reader X may have noticed the disk icon in the Reader toolbar is disabled when opening PDF files within a web browser.  Please Follow this guide:

16 Apr 2012

ONLINE DATABASES TRAINING FOR TRAINERS BIL.4/2012

Bahagian Jurnal dan Pangkalan Data (BJPD) Perpustakaan Tun Abdul Razak  menganjurkan " Online Database Training For Trainers Bil 4/2012 " pada ketetapan berikut:

Tarikh : 17 April 2012 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi-12.00 tgh.
Tempat : Pusat IT, PTAR 1 http://pusatitptar1.blogspot.com/
Peserta : Pustakawan PTAR & Pembantu Perpustakaan
Penceramah : Pihak CLJLaw dan Thomson Reuters Sweet & Maxwell
Pangkalan Data : CLJLaw & Westlaw

Kehadiran Pustakawan PTAR & Pembantu Perpustakaan ke sesi latihan ini adalah dialu-alukan. Mohon Tuan/Puan mendapatkan kebenaran daripada Ketua Jabatan/Ketua Bahagian terlebih dahulu.

9 Apr 2012

Pengumuman : Cuti Am Rabu (11 April 2012) Sempena Pertabalan D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

Closed

PENGUMUMAN :
Kepada pengunjung yang dihormati, untuk makluman seluruh perkhidmatan perpustakaan kelolaan  Perpustakaan Tun Abdul Razak ,UiTM akan di TUTUP pada :
Hari / Tarikh : Rabu - 11 April 2012
Tujuan cuti : Cuti am semperna Pertabalan D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong

 

Sebagaimana yang tuan/puan sedia maklum 11 April, 2012 (Rabu) adalah merupakan Cuti Am Pertabalan D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

Sehubungan dengan itu, perkhidmatan Perpustakaan UiTM tidak akan beroperasi pada hari tersebut.

Dimaklumkan juga bahawa perkhidmatan Perpustakaan akan beroperasi
sehingga jam 12.00 tengah malam pada 10 April 2012 (Selasa). Perkhidmatan Perpustakaan akan beroperasi semula seperti biasa mulai 12 April 2012 (Khamis) 

Majlis Perasmian Pameran Warisan & Pusaka Melayu: Keris & Silat dan Seminar " Keris : 1 Pengenalan"

Normal 0 false false false EN-MY KO X-NONE

20120410kerisgayongweb
Kepada semua warga UiTM dan peminat keris, tuan/puan adalah dijemput hadir bersama-sama memeriahkan Majlis Perasmian Pameran Warisan & Pusaka Melayu: Keris & Silat dan Seminar " Keris : 1 Pengenalan" sepeti ketetapan berikut:-

Tarikh : 10 April 2012 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Ruang Legar PTAR 1

Antara objektif pameran ini adalah untuk mendekati golongan muda melalui pameran dan sesi perkongsian maklumat bagi melestarikan warisan dan pusaka Melayu, serta menambah nilai, mencintai sejarah dan warisan serta mempertingkatkan masyarakat yang berdaya kreatif dan berbudaya.

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan. Antaranya ialah:-

a) Pameran Keris (Galeri PTAR) – Sebanyak 84 jenis keris daripada 8 Pemilik Keris Persatuan Senipurba Nusantara Selangor (PURBA)
b) Pameran Senjata daripada Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM)
c) Pameran Lukisan oleh S. Amin Shahab (Pengarah, Pelakon dan Aktivis Seni)
d) Seminar “ Keris: 1 Pengenalan”
e) Peragaan Busana Melayu
f) Persembahan Demo Silat Seni Gayong
g) Persembahan Amanat Warisan daripada En. Azam Mokhtar
h) Gerai Jualan Keris
i) Kuiz
j) Pertandingan i-Read (mengarang esei) “ Belia Pewaris Pusaka dan Warisan Melayu”


Tuan/puan adalah dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi majlis. Pameran Keris yang berlansung di Galeri PTAR hanya 1 hari sahaja (10 April 2012), dan akan diikuti oleh Pameran Lukisan S. Amin Shahab pada 11 April sehiingga 20 April 2012.

Untuk maklumat , kehadiran staf UiTM pada majlis perasmian dan Seminar "Keris : 1 Pengenalan" ini akan diambil dan akan dimasukkan ke dalam jam latihan tuan/puan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari
http://library.uitm.edu.my/
http://twitter.com/#!/puitm
http://perpustakaanuitm.blogspot.com/
http://www.facebook.com/pages/Perpustakaanuitm/409911212624

20120409_195719
20120409_195750
20120410kerisgayongposter