Ads 468x60px

Pages

Kalendar

30 Okt 2012

GANGGUAN BEBERAPA PERKHIDMATAN LAMAN WEB PERPUSTAKAAN UiTM

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa pada hari ini 30 November 2012 terdapat gangguan perkhidmatan terhadap beberapa perkhidmatan laman web perpustakaan kerna kerja penyelengaraan dari jam 5.00 ptarng sehingga 2.00 pagi 31 Oktober 2012 . Dalam tempoh tersebut  terdapat gangguan capaian untuk ke Laman Web MyLibrary http://www.ptar.uitm.edu.my/ Exam Paper (EQPS) http://koleksi.uitm.edu.my/eqps, EKMS http://ekms.ptar.uitm.edu.my/, EPRINTS http://eprints.uitm.edu.my/.

Namun Laman web main Library http://library.uitm.edu.my dan Ezproxy http://ezaccess.library.uitm.edu.my masih boleh di akses seperti biasa Segala kesulitan amat dikesali.

21 Okt 2012

PERUBAHAN WAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA

20121022perubahanwaktuperkhidmatancuti
Adalah dimaklumkan, merujuk kepada Pekeliling Akademik Cuti gantian sempena Hari Raya Aidil Adha maka dimaklumkan Perubahan Waktu Perkhidmatan Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam adalah seperti berikut

* 24 Okt 2012 ( Rabu) : PTAR dibuka sehingga jam 11.45 malam.
* 25 Okt 2012 (Khamis) : PTAR dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 4.45 petang.

* 26 Okt 2012 (Jumaat) : PTAR ditutup sempena Cuti Am (Hari Raya Aidil Adha)
* 27 & 28/10/2012 3 & 4/11/2012 (Sabtu & Ahad): TUTUP

* 29/10 ‐ 02/11/2012 (Isnin – Jumaat): PTAR dibuka mengikut waktu pejabat sahaja (8:30 pagi hingga 4:45 petang).

*Perubahan Waktu Perkhidmatan Tertakluk Kepada Pindaan

Perubahan perkhidmatan ini merujuk kepada Cuti Pertengahan Semester telah ditetapkan pada 26 Oktober 2012 hingga 4 November 2012 (Rujuk kalender Akademik di bawah).

201210pekeliling-akademik-cuti-raya-haji

14 Okt 2012

Lawatan Balas dari Ketua Pengarah PNM, YBhg. Dato' Raslin Abu Bakar dan Pengurusan PNM

Poster

Dimaklumkan bahawa PTAR 1 akan menerima Lawatan Balas dari Ketua Pengarah
PNM, YBhg. Dato' Raslin Abu Bakar dan Pengurusan PNM seramai
34 orang. Maklumat lawatan adalah seperti berikut:

        Tarikh ; 15 Oktober 2012 (Isnin)
        Masa  : 9.30 pagi - 1.30 petang

Sehubungan itu, setiap bahagian dimohon untuk bersiap sedia (di bahagian
masing-masing) dengan  lawatan balas ini kerana Ketua Pengarah dan
Pengurusan PNM dijadualkan akan melawat
sekitar PTAR 1  selepas taklimat diberi oleh Ketua Pustakawan di Bilik
Seminar.

Pihak JK Lawatan  memohon jasa baik Bhg. Pengurusan Pelanggan untuk
memasukkan maklumat selamat datang kepada PNM di Papan Elektronik PTAR.

8 Okt 2012

FOTO 2 PROGRAM CSR –TAUTAN KASIH PPUiTM, PTAR, WJC Bikers di Rumah Penyayang Bestari

Seramai 130 orang ahli PPUiTM, pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO), iaitu; Wak Jawa Café (WJC) badan sosial laman sesawang mukabuku (FB),  All Biker Club Malaysia(ABCM) kelab pemotoran berkuasa tinggi, Mahasiswa PERKASA pertubuhan pribumi perkasa melayu telah berganding bahu menjayakan program murni ini serta rakan penajaan makanan Kenny Rogers Roasters Delivery dan AGhaffur’s Murtabak  juga warga kerja dan penghuni Rumah Penyayang Bestari.

Mulai jam 08:30 pagi perjalanan peserta dari Kolej Seroja UiTM dengan diiringi oleh 60 buah motorsikal berkuasa tinggi menyusuri Jalan Banting menuju ke Rumah Penyayang Bestari, Kg. Sg. Buaya.  Setiba di Rumah Penyayang Bestari peserta disambut dengan penuh keriangan oleh Anak-anak Yatim/Miskin serta warga kerja rumah tersebut.

Program CSR dimulakan dengan aktiviti gotong royong naiktaraf pusat sumber, melanskap taman, pembersihan longkang,  motivasi anak-anak yatim/miskin dan diakhiri dengan Fun Ride penghuni menaiki motor berkuasa tinggi yang telah mendapat liputan media TV3.

TV3CSR_PPUiTM.flv Watch on Posterous
TV3CSR_PPUiTM.flv Watch on Posterous