Ads 468x60px

Kalendar

8 Okt 2012

FOTO 2 PROGRAM CSR –TAUTAN KASIH PPUiTM, PTAR, WJC Bikers di Rumah Penyayang Bestari

Seramai 130 orang ahli PPUiTM, pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO), iaitu; Wak Jawa Café (WJC) badan sosial laman sesawang mukabuku (FB),  All Biker Club Malaysia(ABCM) kelab pemotoran berkuasa tinggi, Mahasiswa PERKASA pertubuhan pribumi perkasa melayu telah berganding bahu menjayakan program murni ini serta rakan penajaan makanan Kenny Rogers Roasters Delivery dan AGhaffur’s Murtabak  juga warga kerja dan penghuni Rumah Penyayang Bestari.

Mulai jam 08:30 pagi perjalanan peserta dari Kolej Seroja UiTM dengan diiringi oleh 60 buah motorsikal berkuasa tinggi menyusuri Jalan Banting menuju ke Rumah Penyayang Bestari, Kg. Sg. Buaya.  Setiba di Rumah Penyayang Bestari peserta disambut dengan penuh keriangan oleh Anak-anak Yatim/Miskin serta warga kerja rumah tersebut.

Program CSR dimulakan dengan aktiviti gotong royong naiktaraf pusat sumber, melanskap taman, pembersihan longkang,  motivasi anak-anak yatim/miskin dan diakhiri dengan Fun Ride penghuni menaiki motor berkuasa tinggi yang telah mendapat liputan media TV3.

TV3CSR_PPUiTM.flv Watch on Posterous
TV3CSR_PPUiTM.flv Watch on Posterous

0 comments:

Catat Ulasan