MAKLUMAN WAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN 24 JAM / JAM 12.00 TENGAH MALAM Adalah dimaklumkan, dalam usaha merealisasikan transformasi PTAR dan sejajar dengan saranan Y.Bhg. Dato’ Naib Canselor bagi kecemerlangan Universiti, salah satu penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan adalah dengan memanjangkan tempoh waktu perkhidmatan perpustakaan sehingga 24 jam / jam 12.00 tengah malam. Perkhidmatan ini akan bermula pada 5 Mac 2012 sepanjang semester. Keputusan lokasi perkhidmatan tersebut adalah berdasarkan daripada statistik kedatangan pelajar yang diambil pada semester lepas. Berikut adalah perpustakaan yang terlibat dengan perubahan waktu pembukaan perkhidmatan:i. Perkhidmatan 24 jam:PTAR 1 dan Perpustakaan Kejuruteraan (PTAR 3)Isnin - Jumaat : 24 jam
Sabtu & Ahad : 8.00 pagi - 5.00 petang ii. Perkhidmatan sehingga jam 12.00 tengah malam:Perpustakaan Pengurusan Perniagaan (PTAR 2); Perpustakaan Undang-Undang (PTAR 2); Perpustakaan Sains & Teknologi (PTAR 4): Perpustakaan Alam Bina (PTAR FSPU)Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 12.00 tengah malam
Sabtu & Ahad : 8.00 pagi - 5.00 petangSemoga tranformasi perkhidmatan perpustakaan ini mendapat sambutan dan kerjasama daripada Y.Bhg. Dato'/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan."LIBRARY FOR ALL"
Sekian, terima kasih.
NOOR HIDAYAT ADNAN
Ketua Pustakawanhttp://library.uitm.edu.my
0 comments:
Catat Ulasan