Ads 468x60px

Pages

Kalendar

28 Feb 2012

Kursus PHP (Basic) - Unit Pembangunan Sistem, InfoTech

Kursus PHP (Basic) - Unit Pembangunan Sistem, InfoTech telah mengadakan kursus Basic PHP
Seramai lebih kurang 24 staff terlibat.

21 Feb 2012

Thomsonone.com-Online Training Session, Pusat IT PTAR1 UiTM ShahAlam

Thomsonone
"Thomsonone.com-Online Training Session via Webex
Host :Miss Ria Widyayanti (Sydney)" @ Pusat IT PTAR1 UiTM ShahAlam


7 Feb 2012

Perutusan Pentadbiran UiTM 2012

 

 

Sukacita dimaklumkan Perutusan Pentadbiran Tahun 2012 akan disampaikan secara bersama oleh YBhg. Dr. Hjh. Zahrah Mokhtar, Pendaftar UiTM, Encik Sanip Wahid, Bendahari UiTM dan Encik Noor Hidayat Adnan, Ketua Pustakawan UiTM.

YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan dan semua staf pentadbiran dipersilakan hadir ke sesi perutusan tersebut seperti butiran berikut :

Tarikh : 08 Februari 2012 (Rabu)
Masa : 7.45 pagi (Pendaftaran)
Tempat : Dewan Sri Budiman, UiTM

Untuk makluman YBhg Dato'/Datin/Tuan/Puan, kehadiran semua staf akan didaftarkan secara atas talian ke dalam log latihan masing-masing. Walau bagaimanapun, pengecualian boleh diberikan kepada 1-2 orang staf untuk berada di pejabat semasa majlis berlangsung.

 

 

ATURCARA PROGRAM

7:45 pagi                                :           Pendaftaran peserta

8:20 pagi                                :           Ketibaan Y.Bhg. Dr. Hajah Zahrah Mokhtar,
                                                           Pendaftar UiTM

                                                          Ketibaan Y.Bhg. Encik Sanip Wahid
                                                          Bendahari UiTM
 
                                                          Ketibaan Y.Bhg. Encik Noor Hidayat Adnan
                                                          Ketua Pustakawan UiTM

 

8:30 pagi                                :           Lagu NegaraKu dan

                                                           Wawasan Setia Warga UiTM

 

                                                           Bacaan Doa

 

8:45 – 9:45 pagi                     :           Ucapan Y.Bhg. Encik Noor Hidayat Adnan

                                                           Sesi soal jawab

 

9:45 – 10:45 pagi                   :           Ucapan Y.Bhg. Encik Sanip Wahid

                                                           Sesi soal jawab

 

10:45 – 11:45 pagi                 :           Ucapan Y.Bhg. Dr. Hajah Zahrah Mokhtar

                                                           Sesi soal jawab

 

                                                           Majlis Bersurai

2 Feb 2012

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1433 H / 2012 M


BISMILLAH HIR RAHMAN NIR RAHIM
ALHAMDULILLA HI RAB BIL ALA MIN
WASALATU WASSALAMU ALA ASYRAFIL AN BIYA I WAL MUR SALIN
WA ALA ALI HI WASAH BIHI AJ MAIN
 
Dikesempatan ini kami warga Perpustakaan mengucapkan ''SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1433H'' kepada seluruh umat  Muhammad S.A.W

Mr1433h

8 Jan 2012

MAKLUMAN PELANTIKAN BARU – KETUA PUSTAKAWAN UiTM

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa En. Noor Hidayat Bin Adnan

Enhidayat

telah dilantik sebagai Ketua Pustakawan UiTM berkuatkuasa 10 Disember 2011.

Sehubungan dengan itu, semua urusan surat-menyurat yang berkaitan bolehlah dihantar kepada beliau sepertimana alamat berikut:-

En. Noor Hidayat Bin Adnan

Ketua Pustakawan

Universiti Teknologi MARA

40450 SHAH ALAM

SELANGOR

No. Tel : 03-5544 2006

No. Fax : 03-5544 3730

http://library.uitm.edu.my/v1/contact-us/staff-directory.html  

Enhidayat_qrcode
Snap & Read with QRCODE Reader 

 

Sekian, untuk makluman.

Terima kasih.Publish

http://library.uitm.edu.my

10 Okt 2011

PTAR@Hari IT / InfoTech UiTM 2011

Hariit-infotech2010
Temui kami di Booth No. 15 (PTAR) di Hari IT / InfoTech UiTM 2011 untuk pertanyaan mengenai perkhidmatan yang ditawarkan

Tarikh : 10 dan 11 Oktober 2011
Masa : 9:00 pagi hingga 5:30 petang
Tempat : Anjung Sri Budiman, UiTM Shah Alam

http://www.uitm.edu.my/ind ex.php/en/upcoming-events/ 507-hari-infotech-2011

Hari IT UiTM 2011 ini dirasmikan oleh Penolong Naib Canselor (PNC) Pembangunan, Fasiliti dan InfoTech. Program ini  berlangsung selama 2 hari yang melibatkan pemain-pemain industri ICT seperti Hewlett – Packard (HP), Intelligence Business Machine (IBM), Oracle, CISCO dan banyak lagi.

Disamping itu juga, orang ramai, kakitangan dan pelajar UiTM berpeluang untuk memberi maklumbalas, bertanya soalan dan bertemu sendiri dengan para pentadbir sistem-sistem utama universiti seperti Sistem Maklumat Pelajar (SIMS), Sistem Maklumat Kewangan (FAIS), Sistem Pengurusan Maklumat Staf (STARS), Sistem Pengurusan Facilities (FMS) di booth 17 Pejabat Teknologi Maklumat (Infotech) .

Kepada para pensyarah, staf pentadbiran dan pelajar yang mempunyai minat atau terlibat secara langsung di dalam dunia ICT, bolehlah menghadiri Technology Talk dan Technology Update yang akan disampaikan oleh penceramah dari pemain utama ICT. Pelbagai tajuk taklimat yang menarik akan disampaikan berhubung isu semasa ICT.

Para pengunjung turut berpeluang untuk melihat sendiri keadaan dan suasana Pusat Data Universiti pada 2 hari tersebut. Pihak InfoTech menyediakan bas ulang-alik (shuttle bus) ke Pusat Data Universiti.

Pada hari ke 2, satu wawancara akan diadakan bersama Naib Canselor UiTM, Dato’ Prof. Dr. Ir Sahol Hamid Abu Bakar FASc.

Cabutan bertuah juga  di adakan pada hari tersebut. Seperti kawan kita staf PTAR yang bertuah ini telah mendapat Samsung GalaxyTab 10 in. Tahniah

Samsunggalaxytab10

Masuk adalah percuma. Untuk keterangan lanjut, layari http://infotech.uitm.edu.my/
atau emelkan ke hit2011@salam.uitm.edu.my. Anda juga boleh menghubungi hot line InfoTech 03 -5544 2203.

http://infotech.uitm.edu.my/v1/images/stories/hit2011.pdf

http://www.uitm.edu.my/index.php/en/upcoming-events/507-hari-infotech-2011

Selain dari itu anda juga boleh ke Campus Youth PC Carnival  banyak barang dijual. laptop,kamera,handpone, ipad pun ade! sume dgn harga berpatutan pulak  tu

Tarikh : 10 dan 12 Oktober 2011
Masa : 9:00 pagi hingga 5:30 petang
Tempat : Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam 

Get  your IT Gadgets at PC Carnival

Hit2011pccarnival

http://www.facebook.com/UnicomCampusYouthClub
http://unicommarketing.com.my/

 

 

4 Okt 2011

Waktu Perkhidmatan Perpustakaan, PTAR 3 dilanjutkan

20111003-ptar3-hingga-12mlm

Adalah dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tun Abdul Razak 3 (PTAR 3) telah melanjutkan waktu perkhidmatan perpustakaan sehingga jam 12 tengah malam bermula 3hb. Oktober, 2011 .

Oleh itu adalah diharap para pengguna dapat memanafaatkan kemudahan yang disedaikan dengan sebaiknya. Sebarang maklumbalas amat dialu-alukan 

20111003-ptar3-hingga-12mlm-facebook

http://www.facebook.com/pages/Perpustakaanuitm/409911212624