Ads 468x60px

Pages

Kalendar

28 Sep 2011

Hari Mesra PTAR 3 & PTAR 4

20110927-28-hmp34

Kepada semua Warga UiTM Shah Alam...
Anda semua dijemput hadir ke program yang dianjurkan oleh PTAR 3 & PTAR 4...

bertempat di Foyer Menara Sains & Teknologi, PTAR 3 & PTAR 4, UiTM Shah Alam
pada 27hb. & 28hb. September 2011 (Selasa & Rabu) 
bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang

Jadi...

Ayuh sama-sama kita memeriahkan Hari Mesra PTAR 3 & PTAR 4 2011 pada tahun ini yang bertemakan GEMILANG SISWA.. 

Pelbagai HADIAH MENARIK menanti anda...
Pelbagai AKTIVITI MENARIK diadakan khas untuk anda semua...
Ada CERAMAH, KLINIK & DEMO pada hari tersebut... 
Ada bermacam jenis GERAI & BOOTH disediakan untuk para pengunjung.. 
MAKE OVER dari Avon pun ada.. 
Paling BEST.. CABUTAN BERTUAH untuk anda.. 

Jadi jangan lupa datang...

20110927-28-hmp34poster

http://ptar3uitm.blogspot.com/Publish

http://library.uitm.edu.my/v1/news-a-event/news-a-event/icalrepeat.detail/2011/09/27/108/-/hari-mesra-ptar-3-a-ptar-4.html

http://perpustakaanuitm.blogspot.com/

follow us

27 Sep 2011

Hari Mesra PTAR 3 & PTAR 4

25 Sep 2011

Sesi Latihan PDDT : Datastream E-Training

Datastream_demo

Untuk makluman, di atas permintaan Assoc. Prof.  Pok Wee Ching dari Fakulti Perakaunan, satu sesi latihan Pangkalan Data Dalam Talian (PDDT) : Datastream secara e-training akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 26 September 2011 (Isnin)
Masa : 2.15 petang
Tempat : Pusat IT, PTAR 1 http://pusatitptar1.blogspot.com/
Peserta : 45 orang ( Professor, Pensyarah Akademik &  Pelajar dari Fakulti Perakaunan)
Penceramah : Mr. Adam Lee (Knowledge Network Specialist) dari Thomson Reuters

Sekiranya ada pustakawan PTAR  yang berminat untuk menghadiri sesi latihan ini, kehadiran anda adalah dialu-alukan. Tempat adalah terhad.

Jamuan Raya PTAR 1432H/2011M

20110926jamuanraya-ptarweb

Undangan ini dimulai dengan memanjatkan doa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana telah memanjangkan usia kita ke sambutan Syawal 1432H. Amin...

 

Lembayung senja menggamit malam

Menangis jentayu menanti hujan

Undangan kami menyusul salam

Ke jamuan raya seperti yang dinyatakan:

 

Tarikh : 26 September 2011 (Isnin)

Masa : 9.00 pagi

Lokasi : Ruang Legar Aras 1, PTAR 1

 

Air pasang di Kuala Kedah

Dagang mudik kolek mencelah

Apa pun juadah yang dipersembah

Sama merasa, sama mencicah

 

Dagang mudik kolek mencelah

penuh muatan pelbagai rempah

Sama merasa, sama mencicah

Bersederhana, menambah barokah

 

 

15 Sep 2011

Selamat Hari Malaysia. Happy Malaysia Day !

Bendera-malaysia1
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.


Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.


Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia



26 Ogo 2011

Waktu Perkhidmatan Perpustakaan semasa Hari Raya Aidilfitri & Hari Kemerdekaan

Waktu-perkhidmatan-semasa-raya

Tarikh Hari Waktu Perkhidmatan

27/08/2011 Sabtu tutup
28/08/2011 Ahad tutup
29/08/2011 Isnin  8.30am - 4.45pm
30/08/2011  Selasa    Cuti Hari Raya & Hari Kemerdekaan
31/08/2011  Rabu
01/09/2011 Khamis
02/09/2011 Jumaat  8.30am - 4.45pm
03/09/2011 Sabtu tutup
04/09/2011 Ahad tutup

Ptar-rayamerdeka

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432 dan Selamat Hari Kemerdekaan ke 54

http://perpustakaanuitm.blogspot.com/2011/08/selamat-hari-raya-aidilfitri-1432-dan.html

 

 

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432 dan Selamat Hari Kemerdekaan ke 54

Ptar-rayamerdeka

Sempena Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan yang akan disambut tidak lama lagi, kami  keluarga Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM ingin mengucapkan Salam Aidilfitri dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-54 kepada semua muslimin-muslimat dan pelanggan Perpustakaan amnya serta khusus buat warga UiTM dimana jua berada.

Maaf dipohon jika ada tersilap kata atau tersinggung mana-mana pihak dengan tidak sengaja sepanjang berurusan dengan kami. Juga, jika ada yang secara sengaja atau sedar, diharap dapat maafkan kami.

Disamping itu, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-54. Sama-samalah kita menghayati dan menghargai keindahan kemerdekaan yang telah kita kecapi. 

Bersama ini disertakan ucapan Selamat Hari Raya , Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin dari warga Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM, Shah Alam