Ads 468x60px

Pages

Kalendar

8 Okt 2012

FOTO 2 PROGRAM CSR –TAUTAN KASIH PPUiTM, PTAR, WJC Bikers di Rumah Penyayang Bestari

Seramai 130 orang ahli PPUiTM, pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO), iaitu; Wak Jawa Café (WJC) badan sosial laman sesawang mukabuku (FB),  All Biker Club Malaysia(ABCM) kelab pemotoran berkuasa tinggi, Mahasiswa PERKASA pertubuhan pribumi perkasa melayu telah berganding bahu menjayakan program murni ini serta rakan penajaan makanan Kenny Rogers Roasters Delivery dan AGhaffur’s Murtabak  juga warga kerja dan penghuni Rumah Penyayang Bestari.

Mulai jam 08:30 pagi perjalanan peserta dari Kolej Seroja UiTM dengan diiringi oleh 60 buah motorsikal berkuasa tinggi menyusuri Jalan Banting menuju ke Rumah Penyayang Bestari, Kg. Sg. Buaya.  Setiba di Rumah Penyayang Bestari peserta disambut dengan penuh keriangan oleh Anak-anak Yatim/Miskin serta warga kerja rumah tersebut.

Program CSR dimulakan dengan aktiviti gotong royong naiktaraf pusat sumber, melanskap taman, pembersihan longkang,  motivasi anak-anak yatim/miskin dan diakhiri dengan Fun Ride penghuni menaiki motor berkuasa tinggi yang telah mendapat liputan media TV3.

TV3CSR_PPUiTM.flv Watch on Posterous
TV3CSR_PPUiTM.flv Watch on Posterous

13 Sep 2012

Makluman waktu perkhidmatan Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM, Shah Alam

Mulai 10 September 2012, PTAR 1 & 3 akan beroperasi selama 24 jam.

(Rujuk Jadual Berikut):

Waktu-perkhidmatan-biasa

Pada 16 & 17 September 2012 ( Ahad dan Isnin),                                            

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) , UiTM  akan ditutup sempena Cuti Am Hari Malaysia.

12 Sep 2012

Kertas Soalan Peperiksaan Lepas (Past Year Exam Paper) UiTM Jun 2012

[[posterous-content:pid___0]]

Dimaklumkan Unit Pembangunan Sumber Digital, PTAR telah pun memuatnaik  (upload) Kertas Soalan Peperiksaan bagi bulan Jun 2012  sebanyak 23 fakulti dan 1656 jumlah kod kursus ke dalam sistem "Electronic Question Paper System , EQPS"

Kertas Soalan Peperiksaan Lepas ini bolehlah di akses melalui  "Electronic Question Paper System-EQPS"

http://library.uitm.edu.my

http://search.ptar.uitm.edu.my

http://library.uitm.edu.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=140&Itemid=116 

http://koleksi.uitm.edu.my/eqps/

 

6 Sep 2012

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI PTAR 2012

TARIKH    :     07 SEPTEMBER 2012 (JUMAAT)

MASA        :     8.30 PAGI HINGGA 12:15 TGH

TEMPAT     :     RUANG LEGAR ARAS 1,PTAR 1

TEMA         :     MERDEKA RAYA

PAKAIAN    :     BAJU TRADISIONAL MELAYU

photo sekitar perisapan jamuan

16 Ogo 2012

Selamat Hari Raya Adil Fitri 1433 H / 2012 H , Maaf Zahir & Batin

Bannerrayaenhidayat600
Setelah  hampir sebulan berpuasa dalam bulan Ramadhan yang mulia, Syawal mula menjelma .  Semoga Syawal ini membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan silaturrahim yang terbina.  Ceria bersama kaum keluarga dan sahabat handai, Berhati-hatillah ketika memandu pulang kekampung halaman, usah tukarkan hari raya ini menjadi hari berduka.

Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya terkhilaf bahasa, tersinggung perasaan, tersalah perbuatan dan atas apa jua kesilapan saya disepanjang persaudaraan kita.

Selamat Menyambut AdilFitri 1433H.

Maaf Zahir Batin 

Ikhlas

NOOR HIDAYAT ADNAN
Ketua Pustakawan UiTM

Ucapanharirayakp2012

6 Ogo 2012

KIK PARADIGMA NAIB JOHAN PERTANDINGAN MINI KONVENSYEN KIK PERINGKAT UiTM KELANTAN

Pada 1 Ogos 2012 yang lalu UiTM Cawangan Kelantan telah emngajurkan Mini Konvensyen KIK Peringkat UiTM Cawangan Kelantan bertempat di Deawan Profesional, UiTM Kelantan.

Keputusan Pertandingan adalah seperti berikut:
JOHAN: KREAVASI
NAIB JOHAN: PARADIGMA
KE TIGA: FASTMAX
 
KATEGORI TEKNIKAL: FASTMAX
KATEGORI DOKUMENTASI : PARADIGMA
KATEGORI ICT: KREAVASI
KATEGORI PnP: TUAH
KATEGORI PENJIMATAN KOS: EUREKA
KATEGORI PROSES: I-SAF
KATEGORI KUMPULAN BERPOTENSI: NIBIRU

Tahniah diucapkan kepada semua ahli kumpulan PARADIGM kerana telah berjaya mengharumkan nama Perpustkaaan amnya dan Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Kelantan khususnya. Perpsiapan rapi perlu dilakukan bagi memastikan matalamat untuk ke peringkat akhir berjaya.

Sekalung pengharagaan kepada Fasilitator , Puan Wan Mahezan dan juga Ketua Kumpulan En Mohd Zafian kerana tanpa jemu memberi motivasi dalam usaha  menyipkan projek dan dokumen,

Sesungguhnya semangat kerjasama antara ahli sangat utuh dalam mengharungi cabaran dan rintangan daam menghidupkan budaya KIK sebagai sebahagian budaya kerja Perpustakaan Tengku Anis

 
sumber : NORDELINA ZULKARNAIN, Setiausaha:KIK PARADIGMA
Oleh BIRO PENERBITAN, J/K INOVASI PTAR

http://library.uitm.edu.my/inovasi

1 Ogo 2012

Salam Ramadhan Al-Mubarak dari Ketua Pustakwan

2012kp_ucapramadhan
Salam Ramadhan Al-Mubarak
Bersempena dengan Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan 1433H dan menunaikan ibadah puasa. Mudah-mudahan bulan yang penuh kemuliaan ini akan meningkatkan keimanan dan ketakwaan.

Amin

Noor Hidayat Bin Adnan
Ketua Pustakawan